comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Yana sudah dijumpai

 

Oleh Faiz Rais

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dari Meru, Klang, Nur Adriana Natasya, 17, yang dilapor hilang pada 28 April lalu telah dijumpai di Hutan Melintang, Perak bersama seorang rakannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao hasil siasatan mendapati, remaja yang dikenali sebagai Yana itu keluar rumah untuk mencari ketenangan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao.

“Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa yang juga menghidapi masalah dyslexia iaitu masalah cara otak berfungsi dan Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) yang merupakan masalah kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak telah tiga kali melarikan diri daripada rumah,”

“Pada mulanya, pihak polis mencuba mengesan mangsa di Sekitar Ampang dan Damansara tetapi dari hasil maklumat yang diberikan, mangsa berjaya dijumpai di Hutan Melintang, Perak, katanya.”

Sebelum ini berita kehilangan Yana tular, kerana keluarganya amat bimbang lebih-lebih lagi remaja itu menghidap disleksia dan ADHD.

Seluruh keluarganya cuba untuk menghubungi telefon bimbit Yana beberapa kali namun gagal.

Perkara itu menyebabkan ibunya terpaksa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Selain itu, Yana juga didapati keluar dengan sehelai sepinggang dan hanya membawa telefon bimbit.

Dia dijumpai dalam keadaan baik dan sihat.

Bagaimanapun, pihak polis akan membuat pemeriksaan ke atasnya di hospital sekiranya terdapat lain-lain perbuatan jenayah ke atasnya.

Loading...
Terkini