comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Zarina Zainuddin sanggup raya dua kali rumah sama demi RM0.50 sen

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KLANG: Setiap kali Aidilfitri menjelma, pastinya terimbau kenangan menyambut raya semasa kecil.

Lebih-lebih lagi aktiviti berkunjung dari rumah ke rumah semata-mata mahu mengumpul duit raya.

Perkara sama juga dilakukan artis terkemuka tanahair, Datin Zarina Zainuddin yang sanggup ‘pusing satu kampung’ demi duit raya 50 sen.

Dia yang membesar di Perak dan Negeri Sembilan mendedahkan ‘sanggup beraya di rumah sama lebih dua kali hanya semata-mata ‘tuan rumah’ seorang yang pemurah.

“Eh rumah orang yang atap tinggi itu bagi RM0.50 lah.

“Pagi Syawal lagi sudah pergi beraya, tuan rumah bagilah masuk.

“Kak Ina ingat lagi waktu itu baju ada dua poket, sebelah kuih raya, sebelah duit raya.

“Selepas itu, balik rumah tukar baju dan waktu petang pergi beraya rumah yang sama lagi.

“Kali ketiga Kak Ina dengan kawan kawan datang beraya, tuan rumah dah sedar orang yang sama, tapi dia bagilah masuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Klang, Selangor.

Baginya momen itu tidak sama seperti sekarang kerana ada segelintir kanak-kanak yang mempersoalkan duit raya yang diterima mereka.

Justeru dia mahu anak-anak sekarang menghargai pemberian berkenaan dan mendidik mereka mengenai keikhlasan bersedekah.

Selain itu, baginya pemberian duit raya juga hanyalah sebagai penyeri menyambut lebaran.

Menceritakan tradisi sambutan lebaran bersama keluarga, ibu kepada empat cahaya mata lelaki termasuk sepasang kembar Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan memberitahu dia seringkali bercuti setiap lebaran.

Manakan tidak, percutian ke Pulau Pangkor menjadi pilihan selain lokasinya yang dekat, ianya juga kerana anak istimewanya gemar bermain jetski.

Mengulas mengenai perkembangannya, Zarina yang juga usahawan makanan berkata dia kini sibuk menguruskan perniagaan selain turut dilantik sebagai duta jenama tudung terkenal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini