comscore
Tumpuan :
Politik

‘Mereka ingat esok PRN, tapi lama lagi ini’ – Hajiji

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor

TUARAN: “Mereka (pembangkang) sekarang ‘berhabis’ (aktif), mereka ingat besok (esok) PRN, tapi lama lagi ini, hampir dua tahun lagi.

Demikian kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kepada pembangkang bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah masih lambat lagi.

Menurut Hajiji, beliau sedar pembangkang sudah mula mengatur strategi menghadapi PRN berdasarkan serangan demi serangan yang ditujukan kepadanya dan kerajaan.

“Sebab itulah sekarang kita lihat (pembangkang) tidak peduli puasa hentam saja (menyerang kerajaan),” katanya yang juga ADUN Sulaman selepas majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.

Baru-baru ini, parti pembangkang telah mengangkat isu berkaitan dengan kemiskinan tegar dan infrastruktur.

Hajiji dan beberapa Menteri Kabinet Sabah telah menyatakan beberapa kali bahawa kerajaan semasa akan terus berfungsi hingga tamat tempohnya pada Oktober tahun depan.

Pada masa ini, Hajiji berkata, pembangkang telah menggunakan isu Tuaran sebagai antara daerah yang paling miskin di Sabah.

“Tetapi saya ingin menjelaskan bahawa ini adalah berdasarkan rekod dari tiga tahun yang lalu. Saya telah dimaklumkan bahawa pada masa itu terdapat lebih dari 1,000 ketua isi rumah miskin tegar di Tuaran.

“Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bilangan ketua isi rumah miskin tegar telah berkurang kepada 600 di Tuaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini