comscore
Tumpuan :
Politik

Pertemuan isu peruntukan MP dijangka minggu hadapan

KUCHING: Sebarang peruntukan Ahli Parlimen pembangkang akan diputuskan selepas sesi perjumpaan membabitkan wakil pembangkang yang dijangka diadakan minggu hadapan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia selepas perjumpaan yang sepatutnya berlangsung Selasa lalu terpaksa ditangguhkan atas permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti-parti pembangkang.

Katanya, penangguhan itu dibuat setelah Ketua Whip Perikatan Nasional, PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut mewakili PAS tidak dapat hadir atas urusan penting di Kota Bharu.

“Saya nak mendengar apa juga permohonan mereka, barulah saya dapat membawa perkara itu kepada kerajaan untuk dikemukakan apakah permohonan dan apakah syarat yang mereka kemukakan dan sebagainya; itu terserah.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberi mereka amanah untuk berjumpa untuk menyatakan apa kemahuan mereka itu sahaja,” katanya ketika ditemui menghadiri Majlis Penyampaian Bubur Lambuk Surau Al Hidayah Taman Sejoli di sini.

Belia berkata perbincangan itu nanti akan turut memperincikan permohonan pihak pembangkang kepada kerajaan termasuklah sebarang bentuk kerjasama yang boleh terjalin antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun tarikh baharu bagi perjumpaan itu  diadakan katanya masih belum belum diputuskan.

Dalam pada itu, Fadillah turut menafikan dakwaan kerajaan sudah menawarkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan, CSA kepada pembangkang seperti didakwa Ahli Parlimen (PN).

Kelmarin, Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Noor mendakwa kerajaan menawarkan (CSA) kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin sebagai balasan untuk peruntukan bagi kawasan PN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini