comscore
Tumpuan :
Politik

PN pilih calon Melayu atas desakan pengundi, bukan perkauman – Muhyiddin

 

HULU SELANGOR: Isu kesengsaraan rakyat termasuk bebanan kos hidup diyakini akan memberi kelebihan kepada calon blok pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) kali ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan blok pembangkang menamakan calon Melayu untuk PRK KKB tegasnya bukan bersifat perkauman, namun timbul akibat desakan sebahagian besar pengundi yang mahu pembangkang memberi peluang kepada calon pemimpin Melayu.

“Dari segi logiknya, di sini ada 47 peratus Melayu, 30 peratus pengundi Cina, India (18 peratus) dan lima peratus lain-lain termasuk Orang Asli.

“Andai dicongak kasar, jika pengundi Melayu keluar lebih 80 peratus, kita menang,” katanya.

Mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang yakin akan memperolehi kemenangan 100 peratus, Tan Sri Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menegaskan PN juga yakin 110 peratus.

“110 peratus. Saya boleh kata itu bukan? Tidak mengapa, dia yakin, saya pun yakin. Namun penentunya bukan saya atau dia (Zahid) kerana kami bukan pengundi di sini. Yang penting orang yang ada di Kuala Kubu Bharu.

“Banyak masalah sekarang. Kalau banding Pilihan Raya Ngeri, Pilihan Raya Umum ke-15 dan sekarang masalah semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir memberi sokongan kepada wakil PN, Khairul Azhari Saut, 54, sempena penamaan calon untuk PRK Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini