comscore
Tumpuan :
Sukan

Alonso tak minat latih Liverpool

Alonso nyata selesa membimbing Bayer Leverkusen yang kini mendahului carta Bundesliga. -Foto: Reuters

LIVERPOOL: Hasrat LIverpool mendapatkan khidmat Xabi Alonso sebagai pengganti Jurgen Klopp nampaknya tidak kesampaian selepas pemain tengah berusia 42 tahun itu menolak tawaran bekas kelabnya itu.

Bekas pemain tengah Liverpool berusia 42 tahun itu dikaitkan sebagai pengganti Klopp namun Alonso memilih untuk kekal bersama pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Senario terbaru itu meletakkan pengendali Sporting Lisbon, Ruben Amorim sebagai calon utama, bersama-sama pengurus Brighton, Roberto De Zerbi.

Amorim, 39, dijangka akan dipanggil untuk temu duga selepas dia menepati kriteria ditetapkan Liverpool.

Alonso nyata lebih cenderung untuk kekal di Bayer Leverkusen berdasarkan pencapaian kelab itu ketika ini.

Pencarian pengendali baharu Liverpool diketuai oleh pengarah sukan baru dilantik, Richard Hughes dan Ketua Pegawai Eksekutif Bolasepak, Michael Edwards.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini