comscore
Tumpuan :
Sukan

Garuda Muda ‘serasi’ dengan  Stadium Abdullah bin Khalifa

PETALING JAYA: Sama ada secara kebetulan, memang aksi di Stadium Abdullah Bin Khalifa pada kempen Piala Asia B-23 tidak menghampakan skuad Indonesia setakat ini.

Ibarat kebal beraksi di arena sendiri, selepas beraksi tiga perlawanan di Stadium Abdullah Bin Khalifa, dua pada saingan kumpulan dan suku akhir semalam, Skuad B-23 Indonesia tidak pernah tewas.

Pada saingan Kumpulan A, Indonesia mengejutkan Australia 1-0 sebelum meneruskan aksi cemerlang, mudah menjinakkan Jordan 4-1.

Skuad bimbingan Shin Tae-yong itu terus memukau apabila mengenepikan pasukan pilihan Korea Selatan pada suku akhir semalam  menerusi penentuan sepakan penalti 11-10 selepas perlawanan terikat 2-2  di gelanggang sama Stadium Abdullah Bin Khalifa.

Pada separuh akhir 29 April, Indonesia akan berdepan pemenang di antara juara bertahan Arab Saudi yang bertemu Uzebekistan malam ini.

Menariknya perlawanan separuh akhir  itu nanti akan berlangsung di Stadium Abdullah Bin Khalifa.

Pastinya Indonesia sekali lagi mengharapkan tuah stadium yang berkapasiti 12 ribu penonton itu untuk melangkah ke perlawanan akhir, sekaligus mara ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini