comscore
Tumpuan :
Sukan

ISN mahu pastikan karier berpanjangan Tze Yong

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) menegaskan agensi itu sentisa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang sehingga kini belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli, berkata pihaknya melakukan pemantauan rapi terhadap pemain ranking ke-18 dunia itu dari semasa ke semasa.

“Pemerhatian secara teliti dilakukan kerana kita mahu pastikan perjalanan kariernya panjang. Jadi kita perlu berhati-hati apabila merawatnya.

“Ia bukan sahaja berkaitan soal perubatan tetapi perkara lain seperti sains sukan dan pemakanannya. Itu semua perlu diambil kira. Sebab itu kita kena berhati-hati untuk membenarkan atau melepaskannya bermain dalam satu-satu kejohanan.

“Doktor di ISN melakukan penilaian berdasarkan kepada siasatan mereka. Perundingan sentiasa berlaku antara doktor pakar untuk lihat situasi semasa Tze Yong.

“Dia sentiasa menjadi keutamaan kami dan memang kerap menjalani rawatan di ISN,” katanya hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini mengesahkan, Tze Yong akan menjalani satu lagi pembedahan susulan terdapat keadaan yang sangat jarang berlaku susulan pembedahan pertama pada Februari lalu yang dikesan awal minggu ini.

Katanya, selepas berunding dengan doktor ISN dan doktor yang membedahnya, Tze Yong akan menjalani satu lagi pembedahan untuk memperbaiki simptomnya dan mempercepatkan pemulihan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini