comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT tingkatkan keselamatan, nasihati pemain berhati-hati

FOTO: Ihsan JOHOR Southern Tigers / Facebook

PETALING JAYA: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bertindak mempertingkatkan keselamatan pemain pasukan mereka sebagai langkah berjaga-jaga susulan insiden yang menimpa beberapa pemain tempatan kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards berkata, JDT risau dengan insiden yang melibatkan pemain mereka, Safiq Rahim di mana kereta beliau telah diserang berhampiran Pusat Latihan JDT malam tadi.

“Kami menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia menyiasat perkara ini dengan segera.

“Insiden itu, bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak.

“Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami juga telah menasihatkan para pemain kami untuk berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran-hantaran mereka di media sosial pada setiap masa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini