comscore
Tumpuan :
Sukan

Penjaga gol digantung 11 perlawanan gara-gara ‘bermain’ laser

Penjaga gol Tigres UANL, Nahuel Guzman. (Foto Agensi)

MEXICO CITY: Padah bermain laser, penjaga gol Tigres UANL, Nahuel Guzman digantung 11 perlawanan oleh Persekutuan Bolasepak Mexico (FMF) selepas menghalakannya  ke arah pemain Monterrey, Esteban Andrada semasa perlawanan LIGA MX hujung minggu lalu.

Dalam video insiden yang disiarkan di media sosial, Guzman, yang cedera dan duduk di tempat duduk, kelihatan menghalakan penunjuk laser ke arah pemain Monterrey termasuk Andrada dalam perlawanan yang berkesudahan 3-3.

Guzman kemudiannya mengeluarkan permohonan maaf.

FMF berkata dalam satu kenyataan daripada suruhanjaya disiplinnya bahawa hukuman itu harus menjadi pengajaran dalam bola sepak Mexico.

“Suruhanjaya ini memutuskan untuk menghukum Nahuel Ignacio Guzman Palomeque dari Club Tigres dengan penggantungan 11 perlawanan, denda dan kerja sosial,” tambah badan induk itu.

Dalam satu kenyataan di laman web mereka, Tigres menerima hukuman itu dan menambah bahawa mereka akan terus mendisiplinkan Guzman.

Persekutuan itu juga mendenda Andrada kerana menghina Guzman di media sosial dengan menggunakan kata-kata homofobik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini