comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Asia B-23: Kurang seorang pemain, Jepun masih mampu tundukkan China

Penjaring gol tunggal kemenangan Jepun Kuryu Matsuki (jersi biru) cuba merampas bola daripada pemain China Behram Abduweli pada aksi Kumpulan B Piala Asia B-23 di Stadium Jasim Bin Hamad. (Foto ihsan AFC)

PETALING JAYA: Tiga lagi aksi Piala Asia bawah 23 (B-23) membabitkan perlawanan Kumpulan B dan C, berlangsung di Doha, Qatar malam ini.

Berakhir sebentar tadi pertemuan skuad B-23 Jepun menentang China B-3 di Stadium Jasim Bin Hamad menyaksikan Jepun menang 1-0.

Gol kemenangan Jepun menerusi percubaan jarak dekat pemain tengah, Kuryu Matsuki seawal minit ke-8.

Bagaimanapun China seharusnya menyalahkan diri sendiri,  gagal memanfaatkan kesempatan untuk bangkit apabila Jepun terpaksa beraksi 10 pemain selepas Ryuya Nishio dibuang padang sembilan minit kemudian.

Sebaliknya Jepun berjaya menyerap asakan China dan mencemaskan lawan dengan beberapa siri serangan balas pantas.

Berlangsung sekarang satu lagi aksi Kumpulan B, Korea Selatan menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Abdullah Bin Khalifa dan Thailand bertemu Iraq dalam Kumpulan C di Stadium Al Janoub.

Skuad B-23 Malaysia memulakan kempen Kumpulan D menentang Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa jam 9 malam esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini