comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi helikopter terhempas: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu agar melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi tadi.

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu agar melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi tadi.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya dalam kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

Turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Nahas itu telah mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter HOM-AW139 dan Fennec.

“Tragedi tersebut berlaku semasa formasi penerbangan raptai lintas hormat di Pangkalan TLDM Lumut. Salam takziah buat waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini