comscore
Tumpuan :
Sukan

Selangor FC mohon tunda perlawanan Piala Sumbangsih

SHAH ALAM: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bakal membuat perbincangan dan keputusan mengenai status perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2024/25 Jumaat ini membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC (SFC).

Ini selepas wujud faktor kebimbangan mengenai aspek keselamatan oleh SFC yang mendorong mereka menghantar permohonan rasmi kepada MFL.

“Saya boleh sahkan harini pihak SFC telah buat permohonan secara rasmi, sekiranya pihak MFL dan JDT bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih hari Jumaat ini kalau dapat diubah, bukan dibatalkan, diubah, atas dasar keselamatan,” kata
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal kelab itu menjelaskan pihaknya mempunyai sebab tersendiri untuk membuat permohonan tersebut.

Beliau yang melawat pemainnya Muhammad Faisal Abdul Halim di hospital hari ini berharap kepada pertimbangan MFL dan juga pasukan lawan, JDT.

Mengikut jadual, Red Giants bakal menentang Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri jam 9 malam Jumaat ini yang menemukan juara dan naib juara Liga Super 2023.

Ia merupakan perlawanan pembuka tirai musim baharu liga serta menawarkan tiga mata, yang turut dikira dalam kedudukan carta.

Tiga lagi perlawanan terawal Liga Super dijadual turut berlangsung 11 Mei diikuti dua perlawanan Ahad ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini