comscore
Tumpuan :
Sukan

SPRM tidak ambil tindakan, ia lebih kepada isu dalaman pentadbiran FAM – Azam Baki



GUA MUSANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan menumpukan penyiasatan terhadap isu pembinaan projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya, yang bernilai RM25 juta yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“…Untuk makluman semua, sebenarnya pembiayaan datang sebanyak RM2.5 juta daripada pihak FIFA, bukan duit FAM.

“FAM cuma menjalankan perolehan melalui tender dan sebagainya, dan telah dikemukakan kembali kepada FIFA untuk pemilihan yang terakhir dan pihak FIFA telah bersetuju dengan syarikat yang berkaitan,” katanya.

Azam berkata isu ini bukan sahaja FAM yang terlibat, malah FIFA juga kerana ia melibatkan duit mereka.

“Oleh itu, bagi memuaskan hati mereka yang membuat tohmahan isu ini, untuk adil kepada semua pihak maka kami siasat isu berkenaan,” katanya. 

Azam berkata SPRM tidak akan mengambil tindakan berhubung permasalahan pentadbiran yang berlaku di dalam organisasi itu.

“Kami tidak akan ambil tindakan berhubung isu-isu pentadbiran sebagai contoh hal gaji, hal itu ini dan sebagainya.

“Kes ini SPRM menganggap sebagai satu kes yang melibatkan kepentingan awam, maka kita telah melihat pada maklumat yang diberikan jadi kita tumpukan kepada satu isu saja,” katanya.–BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
 
 
Loading...
Terkini