comscore
Tumpuan :
Sukan

Troussier dipecat selepas kalah kepada Indonesia

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier ketika mengendalikan pasukan menentang Indonesia pada pusingan akhir Piala Asia di Doha, Januari lalu. – Foto: REUTERS

HANOI: Ketua jurulatih Vietnam, Philippe Troussier dipecat selepas pasukannya tumpas 3-0 kepada Indonesia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia malam tadi, umum Persekutuan Bolasepak Vietnam.

Pengendali dari Perancis itu, yang mengambil alih daripada Park Hang Seo tahun lalu, dimaklumkan mengenai keputusan memecatnya susulan kekalahan di Hanoi, yang mana ia kekalahan kedua dalam tempoh enam hari kepada Indonesia yang menyaksikan Vietnam berada di tangga ketiga Kumpulan F.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan pada pusingan kedua kelayakan zon Asia itu layak ke pusingan berikutnya.

Vietnam tidak pernah beraksi pada Piala Dunia, namun dengan wakil Asia pada pusingan akhir 2026 meningkat kepada lapan tempat, harapan tinggi bekas jurulatih Jepun itu mampu mengemudi negara itu menghampiri kelayakan pertama mereka.

Bagaimanapun dua kekalahn berturut-turut bermakna Vietnam ketinggalan empat mata di belakang pencabar mereka dari Asia Tenggara dan mesti menang menentang Filipina dan Iraq pada Jun depan serta berharap Indonesia gagal meraih tiga mata daripada dua baki perlawanan mereka.

Iraq memastikan satu daripada dua tempat kelayakan dari kumpulan itu malam tadi apabila mereka membenam Filipina 5-0 sekali gus menyaksikan anak buah Jesus Casas mengumpul 12 mata daripada empat perlawanan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini