comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

5G : Syarikat telekomunikasi bakal umum berita gembira hujung bulan ini 

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Syarikat telekomunikasi bakal mengumumkan beberapa berita baik berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G negara pada hujung bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata syarikat telekomunikasi telah menandatangani perjanjian akses untuk membolehkan mereka menepati perkhidmatan 5G.

“Jadi saya harap menjelang 30 Jun ini kita akan ada beberapa pengumuman baik dan penting dari kalangan syarikat telekomunikasi. Mereka akan bersama dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan pemegang ekuiti,” katanya.

Setakat Mei lepas, Fahmi berkata pencapaian pelaksanaan 5G di bawah DNB telah mencapai 62.1 peratus dan ia satu perkara yang membanggakan.

Beliau berkata mesyuarat pasukan petugas 5G yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut diadakan hari ini bagi memastikan pelaksanaaan rangkaian 5G mengikut aturan ditetapkan.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Menurutnya, peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian

Loading...
Terkini