comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Anwar kemuka 2 dokumen sebagai bukti, desak Muhyiddin mohon maaf

 

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan sebahagian dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang ditandatanganinya, seperti yang dituntut Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Anwar mendesak Muhyiddin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

“Saya kemukakan sebahagian dokumen perjanjian ‘Assignment for Financial Service Reserve Account’ (FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang saya tandatangani.

“Justeru itu, saya mendesak Tan Sri Muhyiddin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dua dokumen itu menunjukkan secara jelas, tandatangan Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berhubung penghapusan hutang peneroka FELDA.

Bukti dokumen ini secara langsung menjawab tuntutan Muhyiddin sebelum ini yang mendesak Datuk Seri Anwar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataannya yang mendakwa hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Tuntutan itu dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Artikel berkaitan: PM sedia kemuka bukti lupus hutang FELDA

Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan bahawa perjanjian FSRA telah ditandatangani Datuk Seri Anwar pada 26 Jun 2023.

Perjanjian ini melibatkan Jaminan Kerajaan sebanyak RM9.9 bilion kepada FELDA untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA. Di bawah perjanjian, Kerajaan akan membiayai pembayaran balik sukuk tersebut melalui peruntukan geran RM990 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun.

Sehubungan itu, MOF juga ingin mengesahkan bahawa penyaluran pertama RM990 juta telah dilaksanakan pada 18 Julai 2023 selaras dengan peruntukan yang telah disediakan di dalam Belanjawan Madani 2023.

Perjanjian itu penting mengambil kira impak kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan FELDA berikutan penghapusan hutang peneroka FELDA.

Loading...
Terkini