comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar Wall Street

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street, kata para peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.64 mata kepada 1,441.18 daripada 1,443.82 penutup Khamis.

Indeks utama dibuka 0.45 mata lebih rendah pada 1,443.37.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 165 berbalas 139, manakala 248 kaunter tidak berubah, 1,803 tidak diniagakan dan 25 digantung.

Jumlah dagangan 183.01 juta unit bernilai RM77.05 juta.

Loading...
Terkini