comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah, seiring prestasi Wall Street

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia rendah pada sesi awal Selasa, menjejaki perkembangan negatif semalaman di Wall Street susulan ketegangan konflik Timur Tengah selain inflasi ketara di Amerika Syarikat (AS) sebagaimana dibuktikan menerusi data jualan runcit bagi Mac yang kukuh dan mengatasi jangkaan.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.70 mata kepada 1,539.83 daripada paras 1,542.53 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.45 mata kepada 1,541.08.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 521 berbanding 92 manakala 266 kaunter lain tidak berubah;  1,473 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 463.03 juta unit bernilai RM191.62 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini