comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini, meneruskan aliran penurunan daripada aktiviti pengambilan untung minggu lalu.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.50 mata kepada 1,589.87.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 425 berbanding 152, dengan 388 kaunter tidak berubah, 1,472 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 574.26 juta unit bernilai RM259.72 juta.

Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat lepas, merosot berikutan jualan lewat.

Sementara itu, saham Eropah susut berikutan laporan ekonomi benua yang lemah.

Pada masa yang sama, banyak indeks Asia juga rendah, dengan Hang Seng Hong Kong berkurangan 1.7 peratus dan Kospi Korea Selatan merosot 0.8 peratus.

“Walaupun turun naik meningkat, kami mengekalkan prospek optimis yang berhati-hati untuk pasaran tempatan.

“Oleh itu, kami menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah akan menguasai pasaran dan indeks petunjuk pasaran diniagakan dalam julat 1,590-1,600 hari ini,” kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya perspektif jangka panjang adalah positif, disokong oleh penilaian yang menarik, pendapatan korporat yang kukuh, pelaburan langsung asing yang meningkat dan keadaan ekonomi yang bertambah baik.

BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini