comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata kepada 1,610.25 berbanding paras penutup 1,610.17 pada Khamis.

FBM KLCI dibuka tinggi naik 0.83 mata kepada 1,611.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 287 berbanding 237, manakala 389 kaunter tidak berubah, 1,496 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 421.34 juta unit bernilai RM218.15 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata kedua-dua indeks FBM70 dan FBM Small Cap dijangka mencatatkan paras tertinggi.

“Seperti yang dijangka, sentimen positif di bursa tempatan berterusan apabila kebanyakan indeks mencatatkan paras tertinggi baharu dengan pemangkin dagangan daripada pengumuman pusat data baru-baru ini.

“Oleh itu, para peniaga dijangka terus menumpukan kepada kaunter sektor teknologi kerana kami merasakan segmen pemacu cakera keras, teknologi awan dan keselamatan siber mungkin berkembang pesat,” katanya.

Sektor berkaitan lain yang mungkin turut menjadi tumpuan susulan perkembangan ini termasuklah pembinaan, bahan binaan, hartanah, utiliti dan tenaga boleh baharu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata konsensus telah menaikkan pertumbuhan pendapatan bagi 2025 dan prospek indeks penunjuk pasaran bagi tahun ini dan 2025 serta menyemak semula sasaran akhir tahun kepada 1,730 daripada 1,660 sebelumnya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini