comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri prestasi tinggi enam hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Selasa berikutan pelabur membuat pengambilan untung susulan kenaikan baru-baru ini, dalam keadaan berhati-hati di pasaran serantau memandangkan kebimbangan terhadap sektor hartanah China telah mempengaruhi sentimen, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.64 mata untuk berakhir pada 1,512.75 daripada 1,515.39 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks barometer itu dibuka 2.36 mata lebih tinggi kepada 1,517.75 sebelum bergerak di antara 1,511.84 dengan 1,520.31 sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 622 berbanding 383 manakala 459 kaunter tidak berubah, 794 kaunter tidak diniagakan dan 73 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.78 bilion unit bernilai RM2.6 bilion daripada 4.32 bilion unit bernilai RM2.98 bilion pada Isnin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini