comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam julat dagangan kecil berikutan pelabur mengambil keuntungan di samping mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat, dalam keadaan fasa konsolidasi, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.39 peratus atau 6.34 mata kepada paras terendah harian 1,599.79 berbanding 1,606.13 semasa ditutup pada Selasa, ditutup di bawah paras utama 1,600.

FBM KLCI, yang dibuka 2.34 mata lebih tinggi kepada 1,608.47, mencapai paras tertinggi harian pada 1,609.22 pada sesi awal pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 907 berbanding 341 manakala 451 kaunter tidak berubah, 702 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.57 bilion unit bernilai RM4.06 bilion daripada 5.92 bilion unit bernilai RM4.14 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata syarikat yakin penjualan hari ini menawarkan peluang baik untuk pelabur melakukan belian semasa harga rendah pada paras lebih rendah, terutama saham mewah, dan menjangkakan peningkatan yang cepat dalam FBM KLCI.

“Kami mengunjurkan indeks petunjuk pasaran dalam julat 1,600-1,620 untuk tempoh yang berbaki minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, indeks utama ditutup bercampur-campur, dengan sentimen positif yang dicetuskan oleh kenaikan saham teknologi Amerika Syarikat (AS) manakala data jualan runcit AS yang lemah menguatkan jangkaan kepada pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada akhir tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini