comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan saat-saat akhir

Foto hiasan 

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan awal ditutup rendah pada Selasa berikutan penjualan pada saat-saat akhir dalam saham mewah, terutama saham utiliti dan perbankan, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.07 peratus atau 1.19 mata kepada 1,606.13 daripada 1,607.32 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

FBM KLCI dibuka 2.07 mata lebih tinggi kepada 1,609.39, dan kemudiannya bergerak antara 1,615.09 dan 1,606.13 sepanjang dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 766 berbanding 480, manakala 455 kaunter tidak berubah, 699 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.92 bilion unit bernilai RM4.14 bilion daripada 5.64 bilion unit bernilai RM3.92 bilion pada Jumaat.

 

Loading...
Terkini