comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring sentimen lemah global

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini seiring dengan sentimen lemah global berikutan konflik di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.53 mata atau 0.49 peratus kepada 1,535.0 daripada paras penutup 1,542.53 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka rendah turun 1.45 mata kepada 1,541.08, bergerak antara  paras 1,532.49 dan 1,541.59 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,159 berbanding 133,  275 kaunter tidak berubah, 785 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.33 bilion unit bernilai RM3.05 bilion daripada 4.28 bilion unit bernilai RM3.25 bilion pada Isnin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini