comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Helikopter HOM baharu dan pertama kali digunakan – Khaled Nordin

Oleh: Juliana Sharin

LUMUT: Helikopter operasi Maritim (HOM) jenis AW139 yang terlibat dalam nahas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi tadi, pertama kali digunakan untuk acara lintas hormat pasukan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, helikopter yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah, itu mula digunakan pasukan TLDM sejak 2021.

“Helikopter yang terlibat helikopter HOM itu baru sahaja, helikopter baru yang baru sahaja diterima Tentera Laut pada 2021. Manakala Helikopter FENNEC M502-6 dari Lumut, telah digunapakai TLDM sejak 2003 “, katanya.

Helikopter HOM terhempas di Stadium TLDM Lumut manakala helikopter FENNEC terhempas di kawasan kolam renang.

Ketika ini kerja-kerja menyiasat masih giat dijalankan pasukan polis, TLDM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini