comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Dagangan bursa Malaysia rendah pada sesi tengah hari kerana kekurangan pemangkin utama 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah berikutan kekurangan pemangkin utama untuk menggerakkan pasaran.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.65 mata kepada 1,399.28 daripada 1,404.93 pada penutupan urus niaga semalam.

Bagaimanapun, indeks barometer dibuka 1.11 mata lebih tinggi pada 1,406.04 pagi ini sebelum bergerak turun ke paras 1,398.83 pada satu ketika semasa sesi berkenaan.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 423 berbalas 322, manakala 362 kaunter tidak berubah, 1,157 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.32 bilion unit bernilai RM910.97 juta.

Seorang peniaga berkata prestasi pasaran domestik juga bergerak selari dengan pasaran serantau. –BERNAMA

Loading...
Terkini