comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Harga gula dijangka naik, harga semasa tidak munasabah 

Foto hiasan


Oleh: Suzila Idayu Yaacob

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holding Bhd (MSM) berhasrat menyemak semula harga runcit gula berikutan peningkatan kos pengeluaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad berkata, harga runcit gula ketika ini dianggap tidak lagi munasabah hingga menyebabkan syarikat terpaksa menampung margin keuntungan yang negatif.

“MSM sedang dalam proses menyemak semula harga jualan runcit dan lebih banyak akan dicapai pada separuh kedua 2023.

“Pada masa sama, dalam langkah menaikkan harga ini, kumpulan juga perlu memberi pelanggan masa untuk sedia menerima dan menyesuaikan diri dengan harga baharu.

“Bagaimanapun, gula premium baharu yang dikeluarkan pada tahun ini sekurang-kurangnya akan membolehkan kami lebih sedikit dari segi mengurus atau menyerap kos input.” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MSM ke-12 hari ini.

Ujar beliau, harga gula meningkat disebabkan empat faktor iaitu kos gula mentah, bahan api, logistik dan kelemahan ringgit.

Katanya, gula mentah mewakili sekitar 80 peratus daripada kos pengeluaran manakala tenaga menyaksikan kenaikan 65 peratus harga gas yang menyebabkan kos penapisan lebih tinggi selain kos logistik meningkat dua kali ganda.

“Malah, kelemahan ringgit juga turut memberi kesan kepada kos operasi pengeluaran kumpulan.

“Pertukaran mata wang asing 5.2 peratus lebih tinggi.

“Empat elemen inilah yang memberi cabaran kepada kumpulan kerana ketika ini ia memberikan margin untung kasar negatif,” katanya.

Harga runcit gula di Malaysia adalah terendah di Asia serta tidak meningkat sejak 2013 apabila kerajaan menghentikan subsidi gula.

Loading...
Terkini