comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Jualan produk farmaseutikal pacu keuntungan Duopharma

Duopharma Biotech Bhd

KUALA LUMPUR: Keputusan kewangan Duopharma Biotech Bhd melepasi jangkaan apabila jumlah kunjungan pesakit yang kukuh dalam segmen hospital sektor awam dan swasta memacu jualan produk farmaseutikal dengan lebih tinggi.

Duopharma mencatatkan keuntungan teras suku pertama sebanyak RM28.3 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2023, 6.5 peratus lebih tinggi berbanding suku terdahulu namun susut sedikit empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penganalisis RHB Investment Bank, Oong Chun Sung, berkata keputusan kewangan Duopharma melepasi jangkaan, dibantu oleh peningkatan jualan eksport sebanyak 16 peratus berbanding setahun lalu, yang mendapat manfaat daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Beliau berkata, segmen jualan tempatan mengalami pertumbuhan bertahan enam peratus tahun ke tahun yang mungkin dipacu oleh permintaan pemerolehan ubat-ubatan yang berterusan daripada sektor awam dan swasta.

“Secara berturutan, segmen jualan tempatan 33 peratus lebih tinggi berbanding pada suku keempat 2022 berikutan kesan-kesan kelaziman sempena tempoh penutupan akaun Kementerian Kesihatan menuju akhir tahun.”Tiada perubahan dibuat pada anggaran perolehan buat masa sekarang kerana kami dijangka mendapatkan penjelasan lebih terperinci berhubung prospek dan maklumat terkini syarikat selepas menghadiri sesi taklimat penganalisis yang akan datang,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Loading...
Terkini