comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Jumlah tenaga kerja wanita Malaysia antara terendah di ASEAN

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Jumlah tenaga kerja wanita di Malaysia antara yang terendah di ASEAN iaitu pada 55.6 peratus dan masih jauh berbanding sasaran 59 peratus yang ditetapkan kerajaan menjelang 2025.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kehadiran wanita yang semakin berkurangan dalam pasaran kerja membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.

“Berada pada tahap 55.6 peratus, kadar penyertaan tenaga kerja wanita Malaysia adalah antara yang terendah di ASEAN. Ia juga jauh daripada sasaran 59 peratus menjelang 2025.

“Lebih daripada 70 peratus pelajar di universiti adalah wanita. Kecemerlangan mereka dalam pendidikan ini tidak diterjemahkan kepada penyertaan yang lebih besar dalam tenaga kerja.

“Oleh itu adalah penting supaya pelaburan di dalam pendidikan diterjemahkan kepada kemajuan ekonomi. Jika kita tidak menerima lebih ramai wanita ke dalam pasaran kerja, kita berisiko bukan sahaja kehilangan pemimpin semasa wanita, tetapi juga pemimpin wanita generasi akan datang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi Penjagaan Asia Pasifik di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Nancy berkata, kerajaan telah memperkenalkan banyak inisiatif penjagaan bagi meringankan tanggungjawab menguruskan rumah tangga yang berat oleh wanita.

Katanya, ia termasuk bantuan kewangan untuk penjagaan kanak-kanak, mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari dan menyediakan cuti paterniti, pengaturan kerja yang fleksibel seperti waktu kerja anjal, telework, kemasukan kembali ke alam pekerjaan dan bekerja dari rumah .

Loading...
Terkini