comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan pertimbang keperluan pegawai pelindung data dalam organisasi tertentu – Fahmi

Oleh:Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) akan diperkukuh sebagai pihak berkuasa berkanun yang mengetuai perlindungan Data Peribadi bagi industri dan transaksi komersial hasil kajian semula Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata antara isu utama kini adalah takrifan transaksi komersil, apa yang dimaksudkan dengan data serta aspek pemprosesan data.

“Ini satu aspek yg kita lihat agak penting. Dengan ini, seorang pegawai pelindung data, ini penting dalam setiap organisasi-organisasi yang menjaga data.” kata beliau selepas melancarkan Cyber Digital Services, Defense & Security Asia (CYBERDSA) 2023.

Katanya, pada Januari 2020, satu kertas putih telah dibawa dan ada lebih 20 soalan berkenaan dengan beberapa seksyen yang berkaitan dalam akta itu yang perlu tambah baik bagi pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi ini.

“Bagaimanapun saya telah minta pihak JPDP mengadakan siri pertemuan dengan pelbagai pihak berkepentingan atau “stakeholder” untuk mendapatkan sedikit maklum balas sebelum kita bawa draf mutakhir ke jemaah menteri.” kata beliau.

“ini antara yg sedang dipertimbang memandangkan kita lihat berdasarkan berkenaan masalah jagaan data oleh setiap organisasi untuk diwujudkan jawatan, tertakluk kepada proses mendapatkan maklum balas.” jelasnya lagi.

Beliau jangkakan proses ini akan mengambil sedikit masa.

“Jangkaan saya sekiranya diluluskan oleh jemaah menteri kita akan bawa ke Parlimen, pindaan ini pada Oktober 2023 atau paling lewat bulan Mac 2024.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Rang Undang-Undang Keselamatan Siber yang di bawah jagaan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Majlis Keselamatan Negara kini dalam proses untuk dibawa ke jemaah menteri.

“Prosesnya berjalan dan saya percaya tidak lama lagi NACSA akan dapat sampaikan sedikit maklumat yang terkandung dalam RUU itu.” kata beliau.

Loading...
Terkini