comscore
Tumpuan :
Nasional

KKD rangka pinda akta perlindungan data peribadi

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang berusaha meminda akta perlindungan data peribadi, akta 709 bagi membendung ketirisan data.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ia bukan hanya untuk memperkukuhkan akta itu, tetapi untuk memastikan bahawa semua organisasi yang mengendalikan data bertanggungjawab ke atas keselamatan data pengguna.

“Semua organisasi yang mengendalikan data untuk transaksi komersil, pin keselamatan perlu faham bahawa sekiranya mereka culas, maka kegagalan mereka itu akan berhadapan dengan penalti yang tegas.

“Sekarang pada waktu ini seakan-akan tidak ada rasa segan silu kalau berlaku ketirisan data, malah sekiranya dibuat penafian tidak ada pengesahan bahawa penafian itu benar ataupun tidak,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 di sini petang tadi.

Jelasnya, kementeriannya dalam usaha untuk memperketatkan undang-undang berkenaan kerana ia sangat penting pada masa ini.

Tambahnya beliau, prasarana siber juga perlu dipastikan keterjaminanan keselamatannya bagi memastikan data peribadi terus selamat.

Beliau berkata, peranan Cybersecurity Malaysia (CSM) sangat berkesan setakat ini, tetapi pada masa sama perlu dilihat keperluan agensi itu untuk diberi lebih kuasa atau mendapat kerjasama lebih erat daripada semua pihak tidak kira awam atau swasta supaya aspek audit keselamatan siber dapat dilakukan.

Loading...
Terkini