comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan tersilap beri subsidi, akan perbetul semula dasar:Ahmad Maslan

Oleh: Juliana Pija Ismail

PUTRAJAYA:Dasar pemberian subsidi yang dilaksanakan negara selama ini adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia mengakibatkan lebih ramai golongan kaya menikmati pelbagai subsidi yang diberikan berbanding golongan miskin.

“Kita ingin melakukan perkara yang adil, orang miskin perlu diberi lebih subsidi berbanding orang kaya tetapi Malaysia ini sebuah negara yang tersilap memberikan subsidi kerana orang kaya dapat lebih banyak daripada orang miskin” katanya pada sidang media pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan hari ini.

“Jadi kita ingin membetulkan kesilapan itu, selama ini mereka yang memiliki lebih banyak pendingin hawa dan kereta di rumah dapat lebih banyak subsidi sedangkan mereka yang tiada pendingin hawa dan memiliki motosikal kecil hanya terima sedikit.Saya boleh sebut dasar itu silap, dasar pemberian subsidi itu tersasar (jadi) sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan kerajaan yang ingin popular, maka kesilapan tersebut perlu diperbetul,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan mengenai subsidi secara bersasar akan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan tiada kesan kejutan terhadap T20.

Loading...
Terkini