comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KSP RMK12: Kerajaan akan larang eksport bahan mentah nadir bumi, elak eksploitasi 

Foto hiasan

Industri nadir bumi dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan dibawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagi mencapai sasaran ini, Dasar Mineral Negara baharu akan dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.

Kebijakan ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan.

“Pemetaan terperinci sumber unsur nadir bumi dan model perniagaan menyeluruh yang menggabungkan industri huluan, pertengahan dan hiliran akan dibangunkan bagi mengekalkan rantaian nilai nadir bumi di dalam negara” katanya di Parlimen sebentar tadi.

Oleh itu, Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan
sumber, lantas menjamin pulangan yang maksimum buat negara

Loading...
Terkini