comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kuskop harap rangka kerja ESG dilancar Ogos 

Oleh:Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berharap rangka kerja standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) dapat dilancarkan Ogos ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, SME Corp, agensi di bawah kementerian beliau, terbabit sama dalam proses merangka rangka kerja itu bagi mempermudahkan pelaksanaan ESG bagi perusahaan kecil dan sederhana  (PKS) tempatan.

“Intipati rangka kerja ESG telah dibincang pada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan Isnin lalu dan saya yakin Perdana Menteri akan mengumumkan mengenai rangka kerja ESG ini apabila beliau mengumumkan naratif ekonomi Madani pada Ogos depan.” kata beliau selepas melancarkan Platinum Business Awards 2023 anjuran SME Malaysia.

Beliau juga akan membawa harapan Persatuan PKS malaysia kepada kerajaan iaitu bagi meningkatkan pembiayaan bagi automasi dan digitalisasi kepada dua bilion ringgit.

Antaranya, pengenalan skim pembiayaan yang mempunyai kadar faedah bawah dua peratus khusus bagi p-k-s yang alami masalah aliran tunai dalam perniagaan.

Loading...
Terkini