comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MABC sedia main peranan majukan NIMP 2030

KUALA LUMPUR: Majlis Perniagaan Malaysia Australia (MABC) bersedia untuk memainkan peranan penting dalam memajukan rangka kerja Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Ia juga komited untuk bekerjasama khususnya dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi masing-masing bagi menawarkan input dan idea MABC untuk membantu merealisasikan matlamat yang digariskan dalam NIMP 2030 dan untuk meluaskan hubungan kedua-dua negara.

“MABC bersedia untuk memainkan peranan penting dalam memajukan rangka kerja NIMP 2030 dengan memupuk perdagangan dua hala, memudahkan pemindahan teknologi, menarik pelabur, menggalakkan pembangunan tenaga kerja dan menyokong inisiatif kemampanan.

“Dedikasi MABC terhadap bidang utama ini sejajar dengan matlamat menyeluruh pelan induk, akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran Malaysia dan Australia,” katanya dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan NIMP memerlukan anggaran jumlah pelaburan RM95 bilion dalam tempoh tujuh tahun bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Pelaburan berkenaan terutamanya daripada sektor swasta, yang digerakkan daripada ekuiti, modal dan pasaran kewangan.

MABC menyokong NIMP 2030, pelan tindakan berwawasan untuk membina kapasiti perindustrian Malaysia, transformasi ekonomi dan daya tahan untuk jangka panjang, pertumbuhan yang mampan.

Ia percaya NIMP 2030 mempunyai potensi untuk Malaysia dan Australia dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk menyumbang kepada kejayaannya.

MABC juga berhasrat memainkan peranan penting dalam rangka kerja NIMP 2030, dengan menggunakan kepakaran, rangkaian dan sumber MABC untuk meningkatkan pertumbuhan pelaburan langsung asing (FDI) dan menyokong sembilan projek berasaskan misi (MBP) dan pendekatan pemboleh yang penting untuk kejayaan pelan induk.

“Objektif utama MABC adalah untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Australia.

“MABC, sejarah sejak 1980-an, telah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan perdagangan Australia dan Malaysia,” katanya.

Loading...
Terkini