comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia bakal jadi hab pelaburan utama serantau UAE

Oleh:Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menjadi hab pelaburan utama di rantau ini bagi pelabur Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan lanjut mengenai pelaburan singnifikan itu, akan dikongsi beliau beberapa hari lagi.

“Dalam tempoh beberapa hari lagi, Insyallah akan ada berita baik daripada UAE mengenai keputusan untuk menjadikan Malaysia hub pelaburan utama di rantau ini, ini disokong polisi yang jelas kerajaan.” kata beliau pada ucapan majlis penutup Forum Khazanah Megatrends (KMF) 2023 lewat petang tadi.

Perdana Menteri berkata isu birokrasi adalah antara perkara yang perlu diteliti.

Ini bagi memudahkan pelabur menjalankan perniagaan.

Buat pertama kali, beliau juga turut meminta laporan status 5 hingga 6 pelaburan untuk dibentangkan di mesyuarat jemaah menteri esok.

Ini bagi mengenal pasti kekangan yang berlaku terutama tempoh kelulusan yang diberi sehingga mendapat persetujuan akhir.

Loading...
Terkini