comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia perlu RM90 bilion biaya projek kritikal 10 tahun lagi

Tengku Hassanal berkenan menyaksikan pertukaran MoU diantara Muhamad Umar (tiga dari kiri) dan Pengarah Urusan The Palladium Group, Steven van Weede (tiga dari kanan) yang turut dihadiri oleh Nik Nazmi (dua dari kiri), Abdul Wahid (kiri) dan Terry (dua dari kanan) – Foto: NSTP.

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan RM60 bilion sehingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal dalam tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, anggaran keperluan perbelanjaan itu merangkumi usaha memperluaskan pengangkutan awam, mengukuhkan grid infrastruktur dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

Katanya, anggaran kos untuk pembangunan grid saja adalah begitu besar, mencecah RM180 bilion menjelang 2050, untuk menampung cita-cita tenaga bersih Malaysia.

“Tambahan pula, mengambil kira pelbagai peringkat penyahkarbonan pembangunan teknologi di seluruh negara, adalah jelas bahawa kemajuan sangat bergantung kepada sumber tenaga alternatif dan serantau yang kukuh serta kerjasama antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Bursa Malaysia dengan dengan Mobilising Institutional Capital Through Listed Product Structures MOBILIST di sini, hari ini.

Majlis disaksikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ailsa Terry; Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Umar Swift.

Kerjasama antara Bursa Malaysia dan MOBILIST bagi mengukuhkan agenda kemampanan negara itu akan membolehkan pelaburan yang lebih besar untuk menyokong peralihan tenaga dan memajukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia.

Nik Nazmi berkata, peralihan skala kewangan dalam tenaga di Malaysia ketika ini adalah sangat penting kerana dianggarkan sebanyak RM1.2 trilion (AS$260 bilion) diperlukan antara 2023 dan 2050 yang menonjolkan keperluan pelaburan yang lebih besar di seluruh rantau ASEAN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini