comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia rekod aliran masuk bersih RM40.4 bilion pelaburan asing 2023

Malaysia mencatat pelaburan tertinggi dalam sejarah, berjumlah RM329.5 bilion tahun lalu. Gambar fail.

KUALA LUMPUR: Pelaburan asing di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih RM40.4 bilion pada 2023, sementara pelaburan di luar negeri (DIA) mencatatkan RM40.6 bilion, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Mohd Uzir Mahidin, berkata aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 menyusut daripada RM75.4 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya dalam ekuiti dan dana pelaburan saham, mencerminkan ekonomi global yang perlahan.

Beliau berkata, ini selaras dengan laporan Pemantauan Trend Pelaburan Global UNCTAD 2024 yang menekankan bahawa aliran FDI ke negara-negara membangun menurun lebih kurang sembilan peratus, berjumlah AS$841 bilion pada 2023.

“Khususnya, rantau Asia yang sedang membangun menurun sekitar 12 peratus kepada AS$584 bilion, dengan FDI ASEAN menurun kira-kira 16 peratus.

“Walau bagaimanapun, nilai kumulatif FDI meningkat kepada RM926 bilion pada akhir tahun 2023, menyumbang 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), terutamanya disebabkan oleh kategori-kategori bukan transaksi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata DIA mencatatkan penurunan dalam aliran keluar bersih daripada RM62.8 bilion pada tahun sebelumnya, manakala kedudukan DIA meningkat kepada RM664.4 bilion, mewakili 36.4 peratus daripada KDNK.

Melihat kepada taburan sektor, perkhidmatan muncul sebagai penerima utama FDI, dengan aliran masuk bersih RM35.4 bilion, memintas sektor pembuatan.

Dalam sektor perkhidmatan, informasi & komunikasi menyumbang peratusan tertinggi selaras dengan pertumbuhan aktiviti berkaitan perniagaan digital global dan pusat data, diikuti oleh subsektor kewangan & insurans/ takaful.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini