comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia rekod pelaburan langsung asing RM74.6 bilion

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan lonjakan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) pada 2022 sebanyak RM74.6 bilion berbanding RM50.4 bilion pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, pelaburan langsung Malaysia di luar negeri (DIA) turut meningkat dengan ketara kepada RM58.6 bilion berbanding RM19.4 bilion (2021), menjadikannya nilai tertinggi sejak 2014. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, prestasi menggalakkan bagi FDI dan DIA menunjukkan keadaan ekonomi yang memberangsangkan dalam negara yang menarik syarikat asing untuk terus melabur.

“Malah, ia juga memberikan impak kepada syarikat tempatan untuk terus mengembang dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan di luar negara,” katanya melalui kenyataan Statistik Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia dan Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri bagi 2022 yang diterbitkan hari ini.

DOSM berkata, berdasarkan kepada prestasi FDI mengikut sektor, sektor pembuatan berkembang RM17.1 bilion untuk merekodkan aliran masuk bersih RM49.5 bilion.

Sektor itu katanya, menarik 66.4 peratus daripada jumlah pelaburan, terutamanya dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan pembuatan lain.

“Sektor perkhidmatan pula menjadi penyumbang kedua terbesar terutamanya dalam aktiviti kewangan, diikuti oleh sektor perlombongan terutamanya dalam bentuk ekuiti & dana pelaburan saham,” katanya.

Rantau Amerika pula menjadi penyumbang tertinggi FDI bagi 2022 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM42.6 bilion, terutamanya daripada Amerika Syarikat (AS) yang berjumlah RM37.8 bilion.

Loading...
Terkini