comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MITI tubuh jawatankuasa tindakan pelaburan, perdagangan

Tengku Zafrul berucap pada majlis pelancaran aplikasi super Tradeswift DAGANGNET di Kuala Lumpur, hari ini – Foto: NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP).

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata objektif utama penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk memastikan kesemua komitmen bagi pelaburan terus antarabangsa dan domestik dan perdagangan akan direalisasikan secepat mungkin.

Katanya, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Penubuhan jawatankuasa ini adalah amat penting dari segi ketelusan dan akauntabiliti MITI dan agensi-agensinya kerana pelaburan dan perdagangan adalah dua enjin utama pertumbuhan untuk Malaysia.

“Bagi saya, tidak cukup untuk kita membuat pengumuman sahaja, tetapi adalah penting juga untuk kita melaporkan semua kemajuan.

“Sudah tentu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah melakukan tugas yang baik sekarang, tetapi seperti yang saya sebut ini adalah pendekatan membabitkan semua pihak dan kita perlu mengkoordinasikan dengan semua agensi kementerian lain, agensi negeri dan syarikat swasta dengan lebih baik,” katanya.

Dilancarkan oleh DNeX melalui anak syarikat milik penuhnya Dagang Net Technologies Sdn Bhd, TradeSwift DAGANGNET ialah SuperApp kemudahan perdagangan semua-dalam-satu, menyediakan ciri nilai tambah sebagai tambahan kepada eServices berasaskan web syarikat untuk perdagangan pemudahan termasuk yang ditawarkan melalui Tetingkap Tunggal Negara (NSW) untuk Fasilitasi Perdagangan.

Sementara itu, Syed Zainal Abidin berkata, dengan menggabungkan pelbagai perkhidmatan perdagangan ke dalam satu platform aplikasi mudah alih, aplikasi itu boleh memudahkan proses perdagangan dan menambah baik masa pemulihan, yang membawa kepada kemudahan menjalankan perniagaan untuk komuniti perdagangan.

Loading...
Terkini