comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MYEG, Biro Kastam Filipina jalin kerjasama lancar Sistem Pelepasan Kastam China

Perjanjian kerjasama MYEG dengan Biro Kastam Filipina (BOC) dan Cargo Data Exchange Center (CDEC) untuk mendigitalkan perdagangan Filipina menggunakan blok rantai Zetrix, disaksikan oleh Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr (depan sebelah kanan) dan Alfredo Pascual, Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina (depan sebelah kiri).

PETALING JAYA: MYEG Services Bhd memeterai kerjasama dan memperoleh kelulusan pengawalseliaan untuk melancarkan perkhidmatan pelepasan dan pemprosesan kastam berasaskan blok rantai untuk aliran perdagangan antara Filipina dan China.

Kumpulan itu, bersama-sama syarikat Filipina yang diperbadankan, menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan Biro Kastam Filipina (BOC) serta Cargo Data Exchange Center Inc. (CDEC), sekali gus membuka jalan kepada Filipina untuk menerima pakai penyelesaian digital yang dikenali sebagai Ztrade.

Ztrade adalah pautan Web3 + Kecerdasan Buatan (AI) pertama yang menyambungkan China dengan rakan dagangannya, yang berjalan pada platform blok rantai lapisan-1 Zetrix yang diinovasikan oleh MYEG.

Di bawah kerjasama itu, MYEG akan menyediakan kaedah penyelesaian Ztrade di Filipina termasuk pemasangan, latihan dan bantuan berpandukan keperluan yang bersesuaian. Manakala CDEC, yang merupakan penyedia perkhidmatan tambah nilai bagi penyelesaian perdagangan dan logistik BOC, akan menyokong integrasi Ztrade kepada platformnya bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lancar buat pengguna. Perjanjian-perjanjian itu kekal berkuat kuasa melainkan adanya persetujuan bersama untuk ditamatkan.

“Inisiatif terbaharu oleh MYEG ini berikutan pemeteraian kerjasama pada bulan Mac antara MYEG dan East Logistic-Link Co., Ltd, sebuah agensi milik penuh Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC), untuk bersama-sama menyediakan sebuah rangkaian lengkap yang menawarkan perkhidmatan kemudahan perdagangan rentas sempadan pada platform blok rantai Zetrix.

“Ini termasuk pengemukaan sijil tempat asal (Certificate of Origin) serta sijil-sijil lain yang berkemungkinan berkait rapat dengan perdagangan rentas sempadan seperti keselamatan makanan, kuarantin dan bil muatan, sekali gus membolehkan semua data tersedia dengan tepat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan pengiraan tarif dan pelepasan kastam, terutamanya untuk perdagangan dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Loading...
Terkini