comscore
Tumpuan :
Nasional

MYEG sambung semula pembaharuan PLKS pekerja asing secara dalam talian pada 15 Januari

MYEG Services Bhd (MYEG)

KUALA LUMPUR: MYEG Services Bhd (MYEG) hari ini mengumumkan pembaharuan pas kerja dalam talian, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja akan disambung semula pada 15 Januari 2024.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata penyambungan semula dibuat selepas selesai penambahbaikan sistem yang dijalankan sebagai sebahagian daripada keperluan lanjutan perkhidmatan yang diberikan sebelum ini oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Penyambungan semula perkhidmatan adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan (ini) dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya,” katanya.

Pada 16 Oktober 2023, MYEG menerima surat penerimaan daripada kementerian untuk melanjutkan perkhidmatan selama dua tahun.

“Dengan penyambungan semula, pengguna boleh melayari www.myeg.com.my mulai 15 Januari 2024, untuk memohon pembaharuan PLKS bagi pembantu rumah dan pekerja asing serta menikmati kemudahan menghantar dokumen berkaitan ke premis mereka,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini