comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih ekuiti minggu lepas

KUALA LUMPUR: Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih ekuiti domestik di Bursa Malaysia berjumlah RM112.3 juta untuk minggu kedua berturut-turut, menurut MIDF Research.

Menurut firma penyelidikan itu dalam Laporan Aliran Dananya, terdapat aliran masuk asing bersih pada setiap hari dagangan pada minggu lepas kecuali pada Isnin.

“Pelabur asing adalah penjual bersih pada Isnin sebanyak -RM26.5 juta. Saham yang menyaksikan aliran keluar paling banyak pada hari ini ialah Public Bank (-RM37.2 juta), RHB Bank (-RM27.4 juta) dan Gamuda (-RM14.0 juta),” katanya.

Pada minggu berakhir 26 Dis 2023, tiga sektor utama dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM202.0 juta), teknologi (RM23.3 juta) dan hartanah (RM18.3 juta).

Sementara itu, tiga sektor utama dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah penjagaan kesihatan (-RM69.4 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (-RM40.7 juta) dan utiliti (-RM28.2 juta), menurut firma penyelidikan itu.

Pada masa yang sama, institusi tempatan bertukar menjadi penjual bersih pada -RM106.7 juta selepas dua minggu berturut-turut belian bersih.

“Sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih tertinggi oleh kumpulan pelabur ini ialah perkhidmatan kewangan (-RM384.3 juta,” menurut MIDF Research.

Peruncit tempatan terus menjadi penjual bersih ekuiti domestik untuk minggu kedua berturut-turut, tetapi jumlahnya adalah lebih sederhana pada -RM5.6 juta berbanding -RM225.5 juta pada minggu sebelumnya.

“Dari segi penyertaan, terdapat sedikit peningkatan untuk purata jumlah dagangan harian (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan (+0.9 peratus) dan institusi tempatan (+0.4 peratus), tetapi merosot dalam kalangan pelabur asing (-29.0 peratus),” katanya.– BERNAMA

Loading...
Terkini