comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Tekanan kos & bekalan berkurangan, harga mampu turun 

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Kaji selidik terbaharu Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Malaysia mendedahkan tekanan kos dan bekalan telah mula berkurangan.

Menurut MIDF Research, ia didorong prestasi vendor yang stabil selepas mengalami kemerosotan selama tiga tahun.

Oleh kerana itu, harga jualan dijangka boleh dikurangkan, pertama kali dalam tempoh lebih 2 tahun.

Tambah firma penyelidikan itu, walaupun keyakinan pulih berdasarkan prospek 2023 yang lebih baik, keyakinan pengeluar pada Disember 2022 kekal di bawah purata.

Ia disebabkan kebimbangan mengenai prospek permintaan yang lesu pada masa hadapan.

Aktiviti pembuatan juga menguncup lagi pada Disember 2022 dengan PMI kekal di bawah 50 untuk bulan keempat berturut-turut sejajar dengan pengeluaran serantau yang lemah.

“Kami menjangkakan kelembapan aktiviti dalam pengeluaran serantau akan kekal buat masa ini berikutan permintaan yang lemah dan dengan jangkaan pertumbuhan perlahan dalam pasaran maju,” katanya.

Walaupun pembukaan semula ekonomi China merupakan perkembangan yang positif, firma itu tetap berhati-hati memandangkan China juga terdedah kepada pengaruh permintaan luaran khususnya dengan unjuran lemah ekonomi global pada tahun ini.

Loading...
Terkini