comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelabur institusi tempatan rekod belian bersih di Bursa berjumlah RM278.3 juta minggu lalu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Belian bersih di Bursa Malaysia oleh pelabur institusi tempatan berjumlah RM278.3 juta pada minggu lalu.

Menurut MIDF Research, pelabur institusi tempatan telah menjadi pembeli bersih ekuiti domestik selama 20 daripada 26 minggu, dengan jumlah aliran masuk bersih RM3.73 bilion.

Dalam Laporan Aliran Dana bagi minggu berakhir 30 Jun 2023, firma penyelidikan itu berkata peruncit tempatan turut menjadi pembeli bersih selepas mencatatkan belian bersih ekuiti domestik bernilai RM81.6 juta minggu lalu.

“Setakat tahun ini, peruncit tempatan menjadi pembeli bersih selama 14 daripada 26 minggu.

Jumlah belian bersih setakat tahun ini berjumlah RM463.2 juta,” kata MIDF Research.

Selain itu, firma penyelidikan itu menambah pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kesebelas berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih asing berjumlah -RM359.9 juta.

“Pelabur asing telah menjadi penjual selama 20 daripada 26 minggu tahun ini, dengan jumlah aliran keluar asing bersih  -RM4.19 bilion,” kata MIDF Research.

Tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih ialah pembinaan (RM71.9 juta), hartanah (RM16.4 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM6.2 juta).

Sementara itu, tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (-RM136.5 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM86.0 juta) dan teknologi (-RM72.9 juta).

Loading...
Terkini