comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pembangunan eksport Bumiputera jadi keutamaan MATRADE

Reezal Merican ditemui selepas majlis Anugerah MIHAS 2023 di Kuala Lumpur, hari ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menjadikan agenda pembangunan eksport di kalangan perniagaan Bumiputera sebagai salah satu keutamaannya pada masa hadapan.

Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata bagi tujuan itu, satu perancangan akan dilaksanakan bagi membolehkan program galakan eksport di kalangan perniagaan Bumiputera terlaksana.

“Memang kita sudah ada banyak program galakan eksport Bumiputera, tetapi kita ingin kembangkan lagi perkara ini. Kalau kita lihat, banyak peluang sebenarnya untuk Bumiputera. Mungkin boleh diadakan satu pameran perdagangan antarabangsa tetapi tumpuan untuk perniagaan Bumiputera.

“Kita sedang rencanakan perkara ini bagi membolehkan MATRADE membawa mereka ke pasaran eksport sekali gus memajukan perniagaan Bumiputera,” katanya selepas majlis Anugerah MIHAS 2023 di sini, hari ini.

Reezal Merican berkata, selain itu, MATRADE turut menjalin kerjasama strategik bersama Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) bagi mempromosikan eksport francais Malaysia.

Beliau berkata, Memorandum Persefahaman (MOU) dengan PERNAS akan membolehkan satu bentuk kerjasama dibentuk dalam promosi dan pembangunan sektor francais di luar negara, kebolehcapaian pasaran, pembinaan kapasiti serta bentuk kerjasama lain yang berkaitan dengan menyokong usahawan tempatan.

“MoU itu mencerminkan komitmen MATRADE untuk membantu usahawan Malaysia untuk memulakan pasaran eksport dan menjadi kompetitif di peringkat global.

“PERNAS adalah syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dengan mandat utama untuk mempromosi dan menerajui pembangunan industri francais Malaysia,” katanya.

Loading...
Terkini