comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pembangunan tanah rizab Melayu di Bandar Malaysia sedang dikaji

KUALA LUMPUR: Kajian lanjut berkaitan strategi pembangunan 50 ekar (20.23 hektar) tanah rizab Melayu di Bandar Malaysia sedang dijalankan bagi memastikan ia selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan pembangunan Bandar Malaysia sebagai Hab Perniagaan Antarabangsa, kata Kementerian Kewangan.

Menurut kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam, beberapa prinsip penting diambil kira dalam kawasan seluas 50 ekar terbabit antaranya ialah penempatan berkelompok di sekitar kemudahan penting yang relevan seperti masjid, tersebar dan bersepadu selaras dengan konsep keterangkuman Malaysia MADANI.

Selain itu, ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancong yang mempamerkan budaya masyarakat Melayu, pemerkasaan ekonomi orang Melayu dengan menyediakan peluang pemilikan hartanah di dalam kawasan bandar, katanya.

Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci rancangan pembangunan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi 50 ekar yang telah dijadikan Tanah Rizab Melayu.

Projek Bandar Malaysia terletak di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi dijangka memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM140 bilion.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini