comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pengekalan penarafan kredit Malaysia bukti pengurusan ekonomi berhemat kerajaan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia dan tinjauan ekonomi positif oleh S&P Global Ratings (S&P) dan Fitch Ratings (Fitch) menjadi bukti kepada pengurusan ekonomi berhemat kerajaan dan agenda reformasi Ekonomi MADANI yang membuahkan hasil.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha ini merangkumi reformasi menyeluruh institusi untuk meningkatkan mudah cara perniagaan dan daya saing serta penerusan pelaksanaan projek dan pembaharuan dasar di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-e12).

“Dengan pasaran buruh yang memberangsangkan serta pertumbuhan menggalakkan dari segi perdagangan dan pelaburan memacu pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama 2024 sehingga melepasi jangkaan, kerajaan yakin dengan kemampuan negara untuk mencapai pertumbuhan dalam julat sasaran rasmi sebanyak 4 hingga 5 peratus pada 2024,” kata beliau.

Anwar berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.

S&P dan Fitch baru-baru ini mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia masing-masing pada A- dan BBB+ dan menetapkan tinjauan “Stabil”.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini