comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PPVM bantah pelaksanaan GEG

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM) menyatakan pendirian menolak cadangan Generasi Penamat (GEG) dan menggesa agar pihak NGO kesihatan awam tidak membuat kenyataan yang mengelirukan berkenaan pendirian industri berkenaan GEG.

Baru-baru ini terdapat kenyataan dan laporan yang menyatakan bahawa persatuan industri vape, termasuk PPVM, menyokong hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan cadangan GEG.

Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM), menekan bahawa mereka tidak menyokong pelaksanaan GEG kerana ia akan memberikan kesan kepada industri.

Mohd Sabri Ismail, Presiden, PPVM berkata, pendirian PPVM berkenaan cadangan GEG ini adalah muktamad dan oleh yang demikian mohon supaya pihak NGO kesihatan awam tidak membuat kenyataan yang mengelirukan berkenaan pendirian industri vape.

“PPVM telah berkali-kali menyeru kerajaan agar tidak membawa cadangan ini lagi kerana ia terlampau drastik.

Malah, Perdana Menteri baru-baru ini turut berkata dalam Parlimen bahawa ia adalah langkah yang drastik. Oleh itu, ia bukannya pendekatan yang patut diambil lagi.

“Ramai usahawan dan pemain tempatan yang terbabit dalam industri ini. Cadangan GEG ini, sekiranya diluluskan, akan bermakna ia menyebabkan ramai yang dipaksa untuk menggulung tikar pada masa hadapan.

“Kami memahami pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan perkara ini, tetapi Kerajaan perlu mencari titik tengah agar semua pihak dapat mengambil langkah untuk membuat kawalseliaan ke atas industri vape,” katanya.

Loading...
Terkini